Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 21 April 2017

Benjy Ditahan Pihak berkuasa Indonesia

  fezlan        Jumaat, 21 April 2017   

Benjy Ditahan Pihak berkuasa  Indonesia
MEDAN, INDONESIA - Pelakon Benjy dan juga anak kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didapati membawa dadah yang disorok di duburnya, lapor Detik.com. 

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, selepas pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket syabu dari duburnya itu. 

"Setelah pemeriksaan dilakukan, dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disorok di dalam duburnya ditemui," kata ketua pengawasan dan pelayanan kastam lapangan terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah. 

Menurut Zaky, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakannya. 

April tahun lalu, Benjy dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Benjy Ditahan Pihak berkuasa Indonesia

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: