Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 19 April 2017

Tidak Mengaku Di atas Tuduhan Merogol

  fezlan        Rabu, 19 April 2017   

Muhammad Azim (Kiri) dan Muhammad Aiman (Kanan) dihadap ke Mahkamah Sesyen Georgetown :-Foto Mikail Ong

Tidak Mengaku Di atas Tuduhan  Merogol | Georgetown: Dua lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan rogol dalam dua kes berasingan pada 2013 dan Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohamad Azim Mohd Amin, 19 dan Mohammad Aiman Ariff Aabidin, 23, membuat pengakuan itu selepas mendengar pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Azim yang masih menuntut di kolej kemahiran di Butterwoth didakwa merogol gadis berusia 15 tahun di kawasan semak Bukit Ayun, Sungai Ara, Bayan Lepas kira-kira 8 malam 26 Februari lalu.

Mohammad Aiman Ariff pula yang bekerja di kilang di Perai didakwa merogol gadis yang ketika itu berumur 21 tahun di rumah di Krystal Suria, Bayan Lepas kira-kira 1 tengah hari pada 15 Disember 2013.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim dan Muhamad Azim diwakili peguam S Rethinakumar.

Irwan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-Metro
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Tidak Mengaku Di atas Tuduhan Merogol

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: