9 Tanda RAHIM Tidak Sihat dan Cara Mengatasinya!
Rahim wanita, satu organ dalaman yang sangat berharga. Merupakan organ kurniaan Ilahi untuk membezakan antara lelaki dan perempuan. Rahim ibarat 'enjin' bagi wanita. Kalau rosak memang takde sparepart dah. Jadi, setiap wanita wajib jaga aset penting ni sebaiknya.
Namun, bagi wanita lepas bersalin, atau wanita lasak berisi untuk
mengalami rahim yang tidak sihat. Jika tidak dirawat akan menyebabkan
komplikasi teruk dan rosak. Nauzubillah.
1. Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa
ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat
serta beban pada perut.
2. Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki... Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas
urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa
senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.
4. Sakit Ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti
dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air
kecil.
6. Sakit Ketika Bersetubuh
Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami
isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali
bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Sentiasa Basah,
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Jika ada tanda-tanda ini, boleh diatasi dengan cara:
1. Berurut
Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.
2. Bertungku
Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.
3. Berpantang
Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah
besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan
yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.
4. Makan Jamu atau Supplement
Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan
dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan
disahkan oleh KKM.
5. Elakkan Angkat Benda Berat
Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin
rahim memang mudah turun... sebab otot rahim lemah sebab urat
sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun
dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun
dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada... jika
waktu dia tiada boleh guna stroller... Nak dukung boleh tapi bukan waktu
yang lama dan kerap.
6. Buat Senaman Menaikkan Rahim
Cara buat senaman tu boleh rujuk ENTRY NI.
7. Pakai bengkung.
Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim.
info dari:- .mariafirdz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan