Warga tua akui menangkap dan memakan tikus sejak 20 tahun kerana ianya sedap | “Enak” demikian kata seorang warga tua yang mengakui menangkap dan memakan tikus sejak 20 tahun lalu. Tabiat lelaki berusia 70 tahun itu bermula apabila jirannya mengadu mengenai masalah haiwan berkenaan yang menggigit wayar kenderaan mereka. Video mengenai kehidupan lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang itu tular di media sosial China baru-baru ini.

Menurutnya, dia akan merebus tikus itu hidup-hidup sebelum membuang bulu haiwan itu dan memanggangnya untuk dimakan. Ada kalanya dia akan mencincang tikus yang ditangkapnya dan menggorengnya dengan bawang putih, cili serta sos khas. -AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan