Seorang wanita maut selepas dirempuh dua kenderaan ketika melimpas jalan di Jalan Sulaman berhampiran Lapasan Hardware kampung Lapasan,di sini , malam kelmarin
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata ,sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang seorang lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Tuaran menghala ke Kota Kinabalu.
"Dalam kejadian itu, penunggang motosikal memintas sebuah Perodua Viva di laluan sama dan pada masa sama ,mangsa ketika itu melintas jalan raya secara mengejut.Penunggang motosikal tidak sempat menekan brek menyebabkan mangsa dirempuh.
"Akibat rempuhan itu,mangsa tetcampak dilaluan terbabit dan terseret di bawah kenderaan Viva sejauh 50 meter" katanya ketika dihubungi semalam.
Chandra berkata ,mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal hanya cedera ringan di bahagian muka.
"Hasil siasatan awal mendapati , kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang melintas jalan namun gagal memastikan laluan itu selamat sehingga berlaku kemalangan"
Bagaimanapun ,siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987,"katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Asnan Led berkata, Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7:37 malamdan sepuluh anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian
"Sebaik tiba ke lokasi , mangsa yang terbaring di jalan raya disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis manakala penunggang motosikal dihantar ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya
Info dari :- Metro (12-03-2017)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan