Penduduk terpaksa kejar lori sampah untuk maklumkan ada lelaki jatuh atas lori itu tanpa disedari pemandunya | Seorang penduduk di Tampines dilaporkan terpaksa mengejar sebuah lori sampah semata-mata untuk memaklumkan bahawa seorang lelaki telah terjatuh ke atas lori itu tanpa disedari pemandunya. Menurut Straits Times yang memetik laporan Shin Min Daily News dan Lianhe Wanbao, lelaki terbabit dipercayai terjatuh daripada sebuah bangunan di situ sebelum tubuhnya menghempap bahagian bumbung lori tersebut.
Sementara itu, polis dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mangsa yang berusia 51 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak bermaya dan disahkan telah meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berkejar ke tempat kejadian. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu masih dijalankan ketika ini. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan