Resepi Ayam Masak Merah
– Anda yang memang suka mencuba pelbagai resepi masakan kampung pasti
sudah tidak asing lagi dengan ayam masak merah. Masakan biasanya menjadi
hidangan istimewa di setiap kenduri ataupun juadah orang berbuka puasa.
Boleh juga masakan ini merupakan resepi wajib yang digunakan oleh
mereka yang berniaga ataupun tukang masak bagi majlis kahwin.
Bahan-bahan yang digunakan nak buat
resepi ayam masak merah pun sangat simple. Sebahagian resepi menggunakan
bahan tomato puree yang agak mahal, namun itu tidak menjadi masalah
jika anda sudah merasa kelazatan ayam masak merah. Anda pasti juga suka
lihat keluarga dan anak anda berebut makan ayam masak merah masakan
anda. Anda akan senyum sorang lihat mereka boleh meratah ayam masak
merah yang disajikan walaupun tanpa nasi. Apalagi anda buatnya dengan resepi nasi tomato, dijamin besoknya anda akan di minta buat lagi.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-bahan buat ayam masak merah:
- 1 ekor ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 ketul kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- 60 ml santan
- 250 ml air
- 3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar halus:
- 4 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus bentar baru kisar
Bahan-bahan hiris:
- 3 biji bawang besar / bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia – hiris jadi 3 bahagian
Cara buat ayam masak merah:
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
- Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
- Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumi sampai pecah minyak.
- Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejab.
- Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
- Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat.
- Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
- Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik), bolehlah ditutup api dan siap di hidangkan.
Demikian resepi ayam masak merah
sedap dan simple yang boleh saya kongsikan. Anda boleh masukkan kacang
peas dalam resepi untuk menambah selera, tapi risikonya cepat basi.
Boleh juga ayam ini dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato.
Panaskan lauk dulu kalau nak makan kesokannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan