3 Langkah Memulihkan/Menjaga Penglihatan
Zaman
moden sekarang ni, banyak teknologi yang mengeluarkan cahaya seperti telefon
bimbit, tablet, televisyen, komputer/laptop, dan macam-macam
lagi menjadi tatapan harian mata kita. Tanpa kita sedari, perkara-perkara
itu sebenarnya membawa bayaha, letih dan mengakibatkan masalah kepada mata dan
penglihatan kita.
Oleh
itu, turutilah petua-petua atau tip-tip menjaga mata di bawah ini untuk
menjamin dan memperbaiki kesihatan mata dan penglihatan kita.
- Makan makanan ‘mata’.
–
Sebut tentang makanan mata ini, kita kerap sangat dengar tentang vitamin A,C,E
yang baik untuk mata bukan ? Tapi makanan apa yang mengandungi vitamin A,C,E ni
? Mari kita lihat contoh-contoh makanan-makanan itu di bawah.
Vitamin A
·
Liver
·
Sweet
Potato
·
Carrot
·
Sayur hijab berdaun seperti bayam,
sawi dsb.
Vitamin C
·
Bagi peminat cili-cili ni, ada
sedikit berita baik. Cili-cili besar hijau dan merah (atau nama lainnya ” Hot
Chilli Peppers) dalamnya banyak mengandungi vitamin C. Boleh lah jamu cili-cili
di samping jaga mata kan.
·
Guava
·
Sayuran hijau
·
Buah kiwi
·
Buah betik
·
Oren
·
Strawberi
Vitamin E
·
Sunflower seed (ni mesti favorite
ramai ni)
·
Almond
·
Kacang
·
Herba Basil & Oregano
·
Aprikot Kering
·
Paprika
Selain
itu, makanan yang tinggi dalam cystein dan lechitin seperti bawang
putih, bawang merah dsb mampu melindungi daripada formasi katarak dalam
mata. Beri yang kaya dalam anthocyanin seperti blueberi, anggur
dan lain-lain boleh menambah baikkan penglihatan kita.
Selesai
bab makanan mata, kita masuk pula bab senaman mata. Ya, mata pun perlu
bersenam, kalau tidak, macam mana nak sihat bukan ?
2. Senaman Mata
Dahsyat
tak mata kita pun perlu bersenam ? Sebenarnya, pernah ada banyak kes di mana
orang yang mengalami penglihatan rabun, astig, dsb pulih sepenuhnya penglihatan
mereka hanya dengan membuat senaman mata.
Memang
kalau kita lihat di internet, ada banyak taktik dan cara untuk buat senaman
mata, antara yang paling mudah ialah
– Pertama, gosok kedua tapak tangan kita sehingga
rasa panas, lepas tu, letak kedua-dua tangan di atas mata kita masing-masing.
Ulang sebanyak 3- 5 kali. Senang bukan ? Kalau boleh ulang lah setiap hari.
Paling kurang pun kita buat setiap kali mata kita rasa ‘letih’ atau sakit.– Yang kedua, mulakan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata kita arah jam 10 kali dan arah lawan jam 10 kali.
– Ketiga, ambilkan pen, atau pembaris, atau yang berkaitan. Pegang dan letak di jarak antara mata hingga lengan kita. Fokuskan mata pada pen/objek pilihan. Kemudian, dengan perlahan, gerakkan pen/objek pilihan dekat ke mata, dan perlahan, gerakkan pen itu ke belakang semula. Ulang sebanyak 10 kali.
– Akhir sekali, urut perlahan-lahan di dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehatkan mata selama 3-5 minit.
3. Rehatkan mata
Langkah ni sebenarnya mudah sahaja. Yang perlu
buat :
1) Tidur secukupnya.
2) Rehatkan mata apabila terlalu lama melihat
skrin telefon bimbit, komputer dsb atau terlalu lama membaca. Rehatkan mata
sekurang-kurangnya 10 minit setiap 50 minit.
Ingat, jika kita inginkan mata dan penglihatan
yang sihat dan baik, amalkan rutin ini. In Sha Allah dengan keizinan-Nya, akan
membantu penglihatan dan mata kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan