SYDNEY:Pesawat yang terhempas sejurus berlepas di papua New Guinea,Seletah Pihak berkuasa tempatan memberi bantuan kecemasan mendapati beratus-ratus kilogram dadah jenis Kokain di temui dalam pesawat.Dari hasil Siasatan pihak polis ,lima suspek dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang yang berpusat di australia yang menyeludup keluar melalui laluan udara.
Pihak Polis Australia menyatakan Gara-gara sifat tamak membawa kokain melebihi kemampuan pesawat untuk berlepas menyebabkan terhempas dan sekaligus pihak berkuasa berjaya membendung seludup kokain.
Kelima-lima suspek yang dinyatakan sebagai anggota sebuah sindiket jenayah berpusat di Melbourne yang mempunyai kaitan dengan jenayah terancang mafia Itali, telah didakwa dengan bersubahat untuk mengimport 500 kilogram kokain bernilai kira-kira Aus$80 juta dan jenayah lain yang berkaitan, kata polis dalam satu kenyataan.
Nahas berlaku pada 26 Julai semasa pesawat yang membawa dadah itu cuba untuk berlepas dari sebuah lapangan terbang kecil terpencil di Papa Lea Lea, kira-kira 30 kilometer di utara bandar Port Moresby di Papua New Guinea, dalam perjalanan ke Australia.
Timbunan kokain, yang menurut polis bernilai kira-kira AS$500,000 dalam pasaran gelap, telah ditemui pada Jumaat lepas, menurut pihak Polis Persekutuan Australia.
Lima suspek terbabit yang tiada dalam pesawat namun dikaitkan dengan operasi penyeludupan berkenaan, telah ditangkap di Queensland dan Victoria selepas pesawat ringan model Cessna itu berlepas di Lapangan Terbang Mareeba di Australia pada 26 Julai bagi misinya ke Papua New Guinea.
Mereka berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup sekiranya disabitkan. — AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan