Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 29 Jun 2020

Pilu Hati seorang isteri yang Baru Habis Pantang Bersalin Baru tahu Suaminya seorang penagih

  fezlan        Isnin, 29 Jun 2020   
Gambar Sekadar Hiasan


Luluh hati seorang isteri apabila baru mengetahui suaminya seorang penagih dadah,Kejadian ini diketahuinya apabila Pihak Polis membuat serbuan besar-besar di Pulau  Langkawi untuk  untuk membanteras kegiatan dadah yang semakin membimbangkan.

Difahamkan isterinya baru saja habis berpantang ,ketika mereka dalam perjalanan ke klinik  Suaminya ditahan Pihak Polis kerana terbabit dengan dadah.Wanita berusia 28 tahun merayu supaya dibebaskan agar suaminya dapat meraya kehidupan mereka.Oleh kerana faktor Kewangan , isterinya memaklukan bahawa dia seorang suri rumah sudah pasti dia tidak mampu membayar sewa rumah ,membeli susu anak serta memberikan makanan yang secukupnya apabila suami ditangkap.

Lebih sebak lagi ,anak-anaknya berusia tiga bulan hingga enam tahun menyaksikan ayahnya ditangkap pihak berkuasa.Namun Dasar perihatin pihak berkuasa memberi peluang mencium anak-anaknya serta isteri tercinta  sebelum dibawa ke Balai Polis.

Bapa tiga anak ini memberikan alasan terpaksa mengambil dadah jenis syabu sejak Mac yang lalu.dia menyatakan lebih bertenaga dan tidak mengantuk ketika menangkap ikan di laut.Namun ketagihan ini menyebabkan duit hasil tangkapan ikan digunakan separuh untuk membeli dadah.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan itu, beberapa penagih dadah yang sedang berurusan dengan ejen bertempiaran lari sebaik menyedari kawasan itu diserbu polis namun sebahagiannya berjaya ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan itu dilakuka berdasarkan maklumat yang diterima anggotanya berhubung kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan itu.


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pilu Hati seorang isteri yang Baru Habis Pantang Bersalin Baru tahu Suaminya seorang penagih

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: