Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 19 Jun 2020

Mudah!! Waris Boleh Buat Tuntutan Wang Tak Dituntut

  fezlan        Jumaat, 19 Jun 2020   

gambar -eGUMIS


Hanya Perlu Hantar dokumen seperti Berikut:


1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Waris/Pentadbir


2. Salinan dokumen pengenalan diri Waris/Pentadbir


3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut (simati)yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya(simati) daripada portal eGUMIS


4.  Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan tetap) atau


5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan..


6. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh waris/pentadbir, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun).

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan


7.  Salinan Sijil Kematian


8. Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi / Pihak Berkuasa/Pejabat Daerah di Sabah atau Sarawak/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad yang mengandungi maklumat WTD dalam senarai harta

 

Nota:

**            Sijil Faraid adalah bukan Surat Kuasa Mentadbir.


**            Perintah Mahkamah/Grant Of Probate/Letters Of Administration daripada  Mahkamah Luar Negara perlu didaftar dan dimeterai di Mahkamah Tinggi Malaya.

**            Salinan perlu disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.


**        Sekiranya amaun tuntutan WTD  melebihi RM2,000 dan maklumat wang tak dituntut empunya pada Surat Kuasa Mentadbir dan senarai harta lengkap dan sepadan dengan maklumat rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan surat pengesahan.

*NOTA:


Pengecualian Surat Pengesahan

Bagi tuntutan WTD bagi amaun sehingga RM2,000, yang tiada surat kuasa mentadbir,  sekiranya maklumat nama dan pengenalan empunya pada sijil kematian adalah sama dengan rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan surat pengesahan, mencukupi dengan cetakan maklumat wtd melalui portal eGUMIS sebagai dokumen sokongan dengan tambahan dokumen seperti berikut:

i. Salinan dokumen yang menunjukkan pertalian/ hubungan seperti Sijil Kelahiran atau Sijil Nikah/Kahwin


                                   



ii. Salinan Sijil Kematian.


iii.Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil  RM10.00 di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah bagi setiap butiran WTD -Jabatan Akauntan Negara

                                                                                



logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Mudah!! Waris Boleh Buat Tuntutan Wang Tak Dituntut

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: