SEMUA atlet sudah tentu menghabiskan banyak masa untuk persiapan pada temasya Sukan Olimpik, tetapi mimpi ngeri berlaku kepada seorang atlet wanita.
Semuanya gara-gara baju yang dipakai terlucut sehingga menampakkan puting payudaranya, dan ia disaksikan oleh jutaan penonton dari seluruh dunia.
Insiden memalukan itu berlaku kepada peluncur ais warga Perancis, Gabriella Papadakis semasa acara tarian luncur ais pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan pada Isnin.
Ketika kejadian yang berlaku di Arena Ais Gangneung, beliau sedang berpasangan dengan Guillaume Cizeron.
Menurut Gabriella, beliau menggambarkan insiden tersebut sebagai “mimpi ngeri terburuk”.
“Kostum saya terbuka” kata Gabriella, 22 mengenai masalah pakaiannya secara beraksi dalam acara itu.
“Ia sesuatu yang sukar. Pertama kali berlaku seperti itu.
“Saya cuba untuk terus fokus dan menyelesaikan (tarian) tanpa sebarang perkara lain berlaku.”
Pasangan itu meraih tempat kedudukan kedua dalam pertandongan itudengan 81.93 mata. – MailOnline Uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan