Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 17 Januari 2018

Ponteng Solat Jumaat Denda RM1,000

  fezlan        Rabu, 17 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/ponteng-solat-jumaat-denda-rm1000.html
TEGAS…. Hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan bakal dikenakan terhadap lelaki baligh yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat di Negeri Sembilan.

Perkara itu disahkan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Mohd Raizalani Mohd Rais yang berkata, hukuman tersebut hanya tertakluk kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Individu terbabit jika sengaja ponteng solat fardu itu tanpa ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah boleh disabitkan di mahkamah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.

Malah menurutnya lagi, hebahan surat pekeliling kepada seluruh 68 masjid sudah pun dikeluarkan pada 4 Januari lalu bagi memberi kesedaran berhubung isu kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

“Tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada kariah di Kuala Pilah yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.

“Ia dilihat telah mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli segelintir indivdu mengenai hukum agama,” tambah beliau ketika dihubungi, semalam.

Mohd. Raizalani seterusnya berkata, arahan berkenaan adalah kali pertama dikeluarkan pihaknya demi memastikan golongan terbabit dapat meluangkan masa untuk hadir ke masjid setiap tengah hari Jumaat.

“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya. – myMetro Online
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Ponteng Solat Jumaat Denda RM1,000

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: