Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 5 Januari 2018

Mayat Bapa Saudara Ditemui Reput

  fezlan        Jumaat, 5 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/mayat-bapa-saudara-ditemui-reput.html

HULU SELANGOR - Mayat seorang duda anak satu yang reput dan lengkap berpakaian ditemui di dalam semak di kebun Kampung Rawang Putar, Batang Kali di sini hari ini.

Mayat mangsa, Nizam Talib, 41, yang berasal dari Ligamas, Batang Kali di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa sebelum itu dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh anak saudaranya selepas keluar untuk mencari pucuk paku sejak Isnin lalu.

“Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dipercayai keluar dari rumah pada Isnin lalu menaiki motosikal seorang diri.

“Kira-kira pukul 7 pagi semalam, anak saudara mangsa telah mencarinya di sekitar kawasan kebun tersebut sebelum menjumpai motosikal milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Bak Phai berkata, pasukan SAR yang terdiri daripada pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mula menjalankan pencarian sejak pukul 8 pagi ini..

Mayat mangsa ditemui reput di dalam semak dan berpakaian lengkap tetapi tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.11 tengah hari.

“Pasukan SAR memulakan pencarian kira-kira satu kilometer dari lokasi motosikal mangsa ditemui sebelum menemui mayat mangsa,” katanya. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Mayat Bapa Saudara Ditemui Reput

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: