Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 26 Januari 2018

Kejam!!Dirogol Depan Suami Kemudian Makan Organ Dalaman

  fezlan        Jumaat, 26 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/kejamdirogol-depan-suami-kemudian-makan.html

SEPASANG suami isteri telah dibunuh dengan kejam di rumah mereka dan sebahagian daripada daging mereka telah dimakan oleh pembunuh berkenaan.

Bukan itu sahaja, si isteri, Cristina Amaral, 44, telah dirogol di depan suaminya, Juvenal, 57, ketika penjenayah terbabit cuba memaksa mereka memberikan wang yang banyak.

Mayat pasangan berkenaan ditemui ditanam di belakang rumah mereka di Camaçari, Brazil. Beberapa organ Amaral termasuk ovarinya telah hilang.

“Organ dalaman termasuk ovari dan tiub fallopian telah dikeluarkan dari badan mangsa manakalan bahagian lain hilang. Tidak diketahui di mana organ itu berada,’’ kata polis.

Selain itu polis juga menemui tisu lembut yang dipotong dan dilapah dari tulang mangsa.

http://fezlan.blogspot.com/2018/01/kejamdirogol-depan-suami-kemudian-makan.html
Cristina Amaral, 44 | Juvenal, 57

“Kita masih menyiasat sama ada ia dilakukan ketika mangsa masih hidup ketika itu,’’ kata polis. Sementara forensik pula mendedahkan Amaral mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia.

“Tangan Amaral telah dipotong ketika dia masih hidup. Suaminya juga disiksa. Pembunuh telah mengelar belakangnya dengan pisau hingga luka itu terbuka. Suspek juga mengaku menggantung mangsa sebelum mereka mati dan turut memenggal kepala Amaral,’’ katanya.

Berikutan itu beberapa orang iaitu Daniel Santos Neves, 29 dan Carlos Alberto Neres, 25, telah ditangkap. Tiga remaja berusia 13, 14 dan 16 juga ditahan selepas polis mendapat maklumat.

Polis percaya penjenayah ini mengamalkan amalan kanibalism iaitu makan daging manusia.

Mayat suami isteri itu ditemui telah reput dan ditanam di dalam kubur kecil di belakang rumah mereka pada 9 Januari lalu selepas jiran-jiran bimbang dengan kehilangan mereka.

Dalam pada itu, nenek kepada salah seorang mangsa bekerja sebagai pencuci di rumah pasangan tersebut dan dia dikatakan berkongsi mengenai `berita gembira’ mengenai harta mangsa kepada cucunya.

Dia bagaimanapun tidak dikaitkan dengan jenayah ini.-Angensi
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kejam!!Dirogol Depan Suami Kemudian Makan Organ Dalaman

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: