Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 12 Disember 2017

120 Mangsa Banjir di Kota Belud Ditempatkan Di PPS

  fezlan        Selasa, 12 Disember 2017   

KOTA BELUD - Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mangsa merupakan sebahagian daripada penduduk 26 kampung di Kota Belud yang terjejas banjir akibat hujan berterusan berkenaan.

Sementara itu, sembilan jalan terjejas banjir dan tidak dapat dilalui iaitu Jalan Kampung Marajah-Kampung Donggoi, Jalan Lebak Moyoh-Bypass Kudat, Jalan Kampung Sembirai, Jalan Kampung Lebak Engad, Jalan Kampung Limau, Jalan Kampung Menunggui,Jalan Bobot, Jalan Kota Belud dan Jalan Siasai Tamu.

Di Tuaran, sebanyak 10 kampung turut terjejas banjir, namun setakat jam 6 pagi ini belum ada mangsa dipindahkan. - Bernama
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading 120 Mangsa Banjir di Kota Belud Ditempatkan Di PPS

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: