Zizan Razak |
Saman tersebut difailkan selepas Marina Juki dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan Razak melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan mempunyai kontrak dengan Wire Fame sehingga 5 Mei 2015.
Marina Juki menuntut ganti rugi khas RM 500000, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan Razak daripada syarikat pengurusan lain.
Marina juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru kerana Zizan masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama Wirefame.
Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan