Remaja Lemas Ketika Cari Ketam |
Mangsa, Amirol Saiful Mazlan,15, dipercayai menangkap ketam di tempat berkenaan bersama-sama lima rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dibawa arus.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, berkata anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.13 malam.
Katanya, sebaik tiba, pegawai dan anggota pasukan itu mendapati seorang remaja lelaki dipercayai lemas dan dibawa arus ketika menangkap ketam dengan lima rakannya.
“Mangsa ditemui oleh anggota bomba yang membuat pencarian jam 7.40 malam pada jarak 20 meter daripada lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan.
“Pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Azhar Ismail dan turut hadir Pegawai Kanan bertugas Zon 3 Perak, Mohd Akmal Hussin.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.51 malam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan