Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kejam! Wanita Dibiar Dirogol Di Jalan Yang Sibuk

  fezlan        Jumaat, 27 Oktober 2017   
Kejam! Wanita Dibiar Dirogol Di Jalan Yang Sibuk

SEORANG wanita dirogol di tepi jalan yang sibuk pada waktu siang di barat India pada Ahad lalu.


Kejadian yang dirakamkan itu menyaksikan beberapa pejalan kaki melalui jalan tersebut tidak tampil untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Mangsa diserang dan dirogol oleh seorang tukang cuci berusia 23 tahun dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Wanita tersebut dilaporkan meninggalkan keluarganya yang tinggal di pinggir bandar dua hari sebelum itu, selepas bergaduh dengan suaminya.


Suspek perogol, Ganji Siva didakwa merogolnya di tepi jalan.

“Ketika kejadian, mangsa sangat lemah kerana tidak makan selama beberapa jam dan tidur di kaki lima di bawah pokok.

“Siva yang dalam keadaan mabuk kemudian melakukan serangan seksual,” kata inspektor polis bandar Visakhapatnam IV, K Suresh kepada Hindustan Times.


“Bagaimanapun pejalan kaki tidak menghalang perbuatannya malah mangsa terlalu lemah untuk melawan, apatah lagi untuk menjerit,” tambahnya.

Beberapa orang awam mula merakamkan kejadian itu, dan salah satu video yang dirakamkan dari seberang jalan dibawa kepada polis.

Suspek bagaimanapun telah beredar sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian.

Berdasarkan keterangan saksi dan bukti video, Siva dikenal pasti dan ditahan.
Video wanita dirogol itu tular di media sosial membangkitkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak diselamatkan daripada dirogol. – Mail Online/mStar Online


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kejam! Wanita Dibiar Dirogol Di Jalan Yang Sibuk

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: