LELAKI mengaku bomoh ditahan polis selepas didapati melakukan kelucahan melampau terhadap tiga remaja perempuan di Bintulu.
Suspek yang tiada pekerjaan tetap dan berusia 60 tahun itu ditahan sejurus dibawa bapa kepada mangsa ke Balai Polis Bintulu, pada kira-kira 10 malam, Jumaat.
Suspek mendakwa tiga remaja itu iaitu seorang berusia 11 tahun dan dua beradik, masing-masing 15 dan 17 tahun itu perlu 'dirawat' bagi menghilangkan pelbagai masalah dalam diri mereka.
Kejadian berlaku di satu rumah kuaters di Bintulu yang menjadi lokasi suspek menjalankan rawatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata rahsia terbongkar selepas mangsa 17 tahun menceritakan ritual bomoh itu kepada bapanya selepas tamat rawatan.
"Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek membogelkannya selain memasukkan jari pada kemaluannya ketika melakukan rawatan.
"Selesai sesi rawatan, mangsa mengadu perbuatan suspek kepada bapanya yang kemudian berang sebelum membawa suspek ke balai polis," katanya di Kuching, hari ini.
Difahamkan, sejurus mendapat tahu perbuatan suspek terhadap anaknya, bapa mangsa memukul suspek sehingga menyebabkan dia lebam sebelum dibawa ke balai polis.
Dev berkata, penahanan suspek kemudiannya mendedahkan tindakannya melakukan perbuatan sama terhadap dua lagi mangsa pada 2 September dan 10 September lalu.
Dev berkata, perbuatan jijik suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirawatnya mengadu kepada bapanya mengenai tindakan suspek ketika menjalankan proses rawatan.
"Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek membogelkan selain memasukkan jari pada kemaluannya ketika melakukan rawatan.
"Namun, selepas selesai sesi rawatan, mangsa mengadu perbuatan suspek kepada bapanya yang kemudian berang sebelum menahan suspek untuk dibawa ke balai polis," katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.-Hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan