Pelajar Tingkatan Tiga Bersalin Di Surau Sekolah |
Pelajar Tingkatan Tiga Bersalin Di Surau Sekolah | Seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan bayi perempuan bersendirian di surau sekolahnya di Bandar Baru Serting, di sini pagi semalam.
Bagaimanapun sumber berkata, pelajar itu dapat menyembunyikan dia mengandung daripada pengetahuan keluarga dan guru kerana perutnya tidak kelihatan seperti wanita mengandung.
“Berat bayi itu dianggarkan kira-kira 2 kilogram dan kini diletakkan di dalam inkubator di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah bersama ibunya,” katanya di sini.
Difahamkan, teman lelaki pelajar itu yang juga pelajar di sekolah sama, masih bersekolah seperti biasa berikutan sedang menghadapi peperiksaan.
Seorang ibu kepada pelajar Tingkatan Dua sekolah sama pula berkata, anaknya memberitahu ketika kejadian semalam, guru tidak membenarkan pelajar lain ke surau kerana kononnya ada pelajar disengat lebah.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan, berkata polis menerima panggilan daripada pihak sekolah memberitahu seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pengsan dalam surau pada jam 10.30 pagi.
Anggota polis ke lokasi untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui pelajar terbabit terbaring dengan seorang bayi perempuan berada di atas badannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan