Pasangan Suami Isteri Terkejut Menjumpai Bayi Di Tepi Beranda Rumahnya.
|
seorang bayi perempuan di tepi beranda rumah dan tumpahan darah di lantai |
Terdahulu, pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, remaja berkenaan pergi ke rumah jirannya di seberang jalan rumah keluarganya lalu melahirkan bayi di beranda rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata ketika kejadian jiran wanita itu yang juga pasangan suami isteri warga tua, tiada di rumah mereka kerana bermalam di rumah anak mereka di Parit Sulong, dekat sini.
Katanya, apabila pulang kira-kira jam 7 pagi esoknya, pasangan suami isteri warga tua itu menjumpai seorang bayi perempuan di tepi beranda rumah dan tumpahan darah di lantai.
“Pasangan itu kemudian memaklumkan polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
“Siasatan di sekitar lokasi kejadian membawa kepada penemuan uri dan tali pusat yang dibuang di tepi rumah suspek dan suspek kemudian mengaku melahirkan serta membuang bayinya di rumah jirannya itu.
“Suspek mengaku pergi ke rumah jirannya kerana sakit perut sebelum melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram dan meninggalkan bayinya di situ. Suspek juga mengaku membuang uri dan tali pusat di tepi rumahnya.
“Bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya. Suspek dan bayinya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat,” katanya.
Abdul Wahib berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi berkenaan.
“Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
Thanks for reading Pasangan Suami Isteri Terkejut Menjumpai Bayi Di Tepi Beranda Rumahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan