Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 20 September 2017

Kutip RM16.9 Juta, Abang Long Fadil 2 Mampu Pecah Rekod ‘Polis Evo’

  fezlan        Rabu, 20 September 2017   
 Aksi Datuk AC Mizal bersama Zizan Razak Dalam filem Abang Long Fadil 2

Sambutan hangat filem Abang Long Fadil 2 boleh memecah rekod kutipan filem Polis Evo dan Munafik, kata sumber industri.

Filem arahan Syafiq Yusof mengutip RM16.92 juta berbanding dua filem itu, masing-masing RM17.74 juta dan RM17.042 juta, lapor Berita Harian.

Kutipan itu selama 26 hari hingga semalam, namun masih ada lebih 100 pawagam yang menayangkan filem terbitan Skop Productions itu.

“Saya yakin, dengan sambutan membanggakan diberikan oleh penonton ketika ini, tidak mustahil filem itu mampu memecah rekod kutipan Polis Evo.

“[…] tidak mustahil ia setidak-tidaknya akan mengatasi pencapaian Munafik dan mengejar rapat Polis Evo dari segi pungutan,” kata sumber itu.

Filem komedi aksi dengan kerjasama Astro Shaw itu dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Shuib, Achey, Tania Hudson dan Wak Doyok.

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kutip RM16.9 Juta, Abang Long Fadil 2 Mampu Pecah Rekod ‘Polis Evo’

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: