Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 21 September 2017

15 Ditahan Penyalahgunaan Dadah

  fezlan        Khamis, 21 September 2017   
http://fezlan.blogspot.com/2017/09/15-ditahan-penyalahgunaan-dadah.html


SUNGAI PETANI – Seramai 15 lelaki berusia lingkungan 16 hingga 55 tahun ditahan polis kerana terlibat penyalahgunaan dadah dalam Op Tapis Bersepadu yang dijalankan di kawasan pengkalan nelayan Kota Kuala Muda dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Saifi Abdul Hamid berkata operasi bersepadu itu melibatkan Pasukan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bersama pasukan Polis IPD Seberang Perai Utara, Pasukan Polis Marin Wilayah I, Pulau Pinang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda.

“Operasi selama lima jam, bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.30 petang tadi, adalah operasi kedua tahun ini susulan aduan yang diterima daripada orang awam dan seramai 15 lelaki berjaya ditahan.

“Seorang suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 3.22 gram, manakala tiga lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 6 ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 1.32 gram dan ganja seberat 2.24 gram, masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifi berkata tiga suspek berusia lingkungan 16 hingga 40 tahun pula ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana masing-masing memiliki dadah jenis heroin seberat 0.4 gram dan 0.8 gram, serta syabu seberat 1.45 gram.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki 10 liter air ketum. Tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 55 tahun, ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) kerana disyaki menagih dadah,” katanya.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM500,” katanya. – BERNAMA
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading 15 Ditahan Penyalahgunaan Dadah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: