Kota Kinabalu -
Seawal Jam 6.30 pagi Ahli Kelab Sukan
Dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (KSR MKAKK) berkumpul di Makmal Kesihatan Awam Kota
kinabalu Sebelum Memulakan perjalan ke
Bukit Nuluh Lapai .
Aktiviti riadah mendaki Bukit Nuluh Lapai yang dianjurkan oleh Biro Sukan KSR MKAKK mendapat sambutan yang meberangsangkan dikalangan ahlinya.Objektif utama aktiviti ini diadakan agar ahli KSR MKAK mengamalkan Gaya Hidup Sihat melaui senaman ,Selain daripada itu dapat mengeratkan hubungan Diantara Ahli dan Mengenali lebih rapat ahli keluarga .
Terpancar riak Wajah Kegembiraan mereka setelah tiba di
Puncak Bukit Nuluh Lapai .Walaupun dalam
kepenatan ,Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap sudut Puncak Bukit itu. Pemandangan yang cantik dapat dilihat dengan jelas tanpa sebarang
ganguan.Aktiviti ini juga mengeratkan hubungan diantara mereka serta ahli keluarga masing-masing.Walaupun
didalam Kerja membataskan pegaulan diantara mereka ,namun disini mereka lebih mesra bagai satu Keluarga .
Tidak sia-sia aktiviti ini diadakan kerana lebih banyak
kebaikan yang dapat dirasai oleh peserta,Malah mereka meminta Pengerusi Kelab
KSR MKAKK akan menganjurkan aktiviti
riadah seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan