Kau Nak Lari Mana |
Isteri Cantik, NamunSi Suami Masih Juga Mahu Mencari Perempuan Lain |
THAILAND – Isteri dah cantik, namun si suami masih juga mahu mencari perempuan lain. Seperti yang berlaku pada wanita ini yang berjaya menemui suaminya selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya ada perempuan lain.
Difahamkan si isteri sudah beberapa hari mencari suaminya dengan bantuan rakannya menaiki motosikal sehingga mereka ternampak kereta lelaki itu berhampiran restoran makanan segera.
Si isteri terus pergi ke arah kereta itu dan mendapati ada seorang wanita yang berada di bahagian penumpang hadapan, lalu mengetuk tingkap kereta meminta wanita itu membuka pintu kereta.
Sebaik saja membuka tingkap kereta, si isteri terus cuba menarik wanita itu keluar, namun tidak berjaya sebelum merampas beg tangannya. Si isteri membuang semua kandungan beg tangan wanita terbabit dan menemui beberapa keping kondom yang dipercayai akan digunakan wanita itu untuk berzina dengan suaminya, dan sekotak ubat pil perancang.
Tidak berapa lama kemudian, suaminya berbaju hitam datang menghalang isterinya dari terus menyerang perempuan simpanannya itu dan serta merta menutup pintu kereta.
Lelaki itu kemudian terus beredar bersama perempuan terbabit, meninggalkan isterinya begitu sahaja.
Menurut terjemahan Liz Sha:
“Lelaki itu memang suami dia. Dia pergi pada perempuan itu dan tanya dia mahu pergi ke mana? Tetapi perempuan itu kata tak ada pergi mana-mana.
“Kemudian isteri dia kata perempuan itu tipu dan minta dia tunjukkan muka sikit. Malah si isteri tanya apa nama dia, dan minta untuk melihat apa isi kandungan begnya.
“Kemudian suami dia datang cakap buat apa dan segera masuk dalam kereta. Isteri dia kata, ‘tak apa, hang akan kena dengan aku nanti di rumah’,” tulis Liz.
Sementara itu netizen menganggap si lelaki tidak bersyukur dengan isteri yang dianugerahkan kepadanya yang juga sedia ada cantik. Nampaknya, kecantikkan tidak lagi menjamin suami akan setia pada isteri. Jadi, ‘berhuhu’lah kita semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan