Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 16 Ogos 2017

Dua Anggota Polis Ditahan Reman Kes Rasuah

  fezlan        Rabu, 16 Ogos 2017   


Dua anggota polis berpangkat konstabel dan koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

KOTA KINABALU - Dua anggota polis berpangkat konstabel dan koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah wang tunai RM2,500 pada 7 Ogos lalu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Dua anggota polis tersebut tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini pada pukul 10 pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang berusia 32 dan 39 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di pejabat mereka di IPD Penampang dekat sini pada pukul kira-kira 12.10 hingga 12.40 tengahari semalam.

Tangkapan tersebut dilakukan selepas pihak SPRM menerima laporan bahawa mereka dipercayai meminta sogokan wang tunai sebanyak RM2,500 daripada seorang individu pada 7 Ogos lalu.

Sogokan itu sebagai dorongan supaya tidak menahan individu terbabit atas kesalahan memiliki dadah dipercayai syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Dua Anggota Polis Ditahan Reman Kes Rasuah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: