Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 1 Jun 2017

Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Didakwa Membunuh Seorang Wanita

  fezlan        Khamis, 1 Jun 2017   
Mohammad Sohffian yang merupakan pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Majistret Serian semalam.


Pegawai Polis Berpangkat Inspektor  Didakwa Membunuh Seorang Wanita  | SERIAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Majistret Serian di sini semalam atas kesalahan membunuh seorang wanita di Kampung Kakai di sini 21 Mei lalu.


Tertuduh, Mohammad Sohffian Abu Hassan, 37, dituduh me­lakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Marutin Pagan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit dituduh membunuh seorang wanita Siti Nadirah Abdullah (gambar kecil), 33, pukul 3.15 petang di Kampung Kakai, di sini, 21 Mei lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke­rana membunuh yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Marutin menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes - kosmo
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Didakwa Membunuh Seorang Wanita

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: