Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 17 Mei 2017

Takut Suami Melarikan Diri Isteri Sanggup Merempuh Kereta Suami.

  fezlan        Rabu, 17 Mei 2017   

Takut Suami Melarikan Diri Isteri Sanggup Merempuh Kereta Suami | Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang wanita merempuh kereta suaminya dengan sengaja selepas ternampak lelaki itu bersama dengan wanita lain, lapor The Nation.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, di Jalan Rangsit, Nakhon Nayok, Tambon Bung Yitow, Thailand Sabtu lalu itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang empat kilometer.

Difahamkan, si isteri yang memandu kereta Toyota Fortuner sebelum itu sedang giat mengesan kedudukan suaminya menggunakan GPS. Seketika kemudian, wanita itu terserempak dengan kereta suaminya dan melihat lelaki itu bersama dengan seorang wanita lain yang dipercayai kekasihnya.

Berang melihat keadaan itu, si isteri bertindak mengejar kereta tersebut.


Bimbang lelaki itu melarikan diri, si isteri mengambil keputusan merempuh Mercedes itu lalu menyebabkan kemalangan yang melibatkan empat buah kereta lain. Akibatnya, enam mangsa mengalami kecederaan ringan, selain menyebab tiga buah kenderaan yang terlibat, rosak.

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Takut Suami Melarikan Diri Isteri Sanggup Merempuh Kereta Suami.

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: