Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 15 Mei 2017

Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.

  fezlan        Isnin, 15 Mei 2017   

Rampasan Pokok Ganja

Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu Sungai Buloh | Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.

“Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.
“Ketika ditahan kesemua suspek sedang khayal menghisap ganja di dalam rumah itu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata setelah mengeledah rumah itu, polis menemui 622 gram daun dan biji ganja serta beberapa alatan untuk menghisap ganja.
apa komen anda.

Polis juga merampas 292 gram ganja mampat yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di kediaman itu.
“Hasil semakan lanjut mendapati seorang daripada empat suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal turut menunjukkan pokok ganja yang dirampas itu dianggarkan berusia antara tujuh dan lapan bulan.

Semua suspek kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – Bernama
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: