Dikatakan hubungan
seksual mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah,
kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan.
Aktiviti keintiman yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah,
menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap
imunisasi badan.
Begitu
juga dari sudut emosi. Wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan
jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya
keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih
positif.
Sebenarnya,
apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan
mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks
selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak
dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu
hubungan intim yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit
menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan,
kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya
berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan
kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga
membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih
bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan
tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah
untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan
belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.
Sebenarnya,
ketika anda melakukan hubungan intim, anda sebenarnya sedang bersenam
tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling
bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan
teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi
lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.
Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih
bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal
badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang
bersimpul dileraikan.
Lazimnya,
khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah
‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan
dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada
anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah
hubungan intim dilakukan.
Ini
kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang
dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan
sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis
buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu
menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang teratur
Menurut
Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan
hubungan seksual setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid
berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin
dengan pasangan.
Wanita
yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila
waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki
cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan