Subhanallah bayi dilahirkan tanpa kulit | Seorang bayi perempuan dengan gangguan genetik teruk dan kehilangan hampir keseluruhan kulit badannya dilahirkan di Nagpur, Sabtu lalu. Bayi yang digelar ‘bayi Harlequin’ atau istilah perubatan yang dipanggil Harlequin Ichthyosis adalah bayi yang pertama dilahirkan di India dengan fizikal sedemikian. Bayi berkenaan dilahirkan melalui kaedah pembedahan oleh wanita berusia 23 tahun dari Amravati di Hospital Perubatan Lata Mangeshkar.
Ketika bercakap kepada Hindustan Times, pakar kanak-kanak hospital itu, Dr Yash Banait berkata, bayi itu dilahirkan dengan gangguan kongenital dan ganguan jenis ini berlaku kerana mutasi dalam gen. “Bayi itu memerlukan kelembapan yang betul. Jeli petroleum dan minyak kelapa berfungsi baik untuk pengecilan ini dan pemulihan nutrisi perlu diambil secara tetap,’katanya. Katanya, bayi itu tidak mempunyai kesukaran untuk bernafas dan kini berada dalam keadaan stabil.
Bayi perempuan yang dilahirkan seberat 1.8kg itu hanya mempunyai dua lubang kecil pada hidungya, kelopak mata terbalik dan tidak mempunyai telinga. Sementara itu, pakar perbidanan dan sakit puan Dr Avinash Banait berkata, Harlequin Ichthyosis adalah penyakit genetik kulit yang teruk dan sangat jarang berlaku yang menyebabkan penebalan corneum lapisan epidermis. “Harlequin Ichthyosis hanya berlaku 1 dalam 300,000 kelahiran’, katanya.
Seorang bayi yang mempunyai masalah ini dilahirkan pada tahun 1984 di Pakistan dan bayi tersebut hidup sehingga 2008 namun tiada maklumat lanjut mengenai keadaan bayi itu sekarang. Satu lagi kelahiran seperti itu dicatatkan di Amerika Syarikat pada tahun 1994. “Tiada penawar untuk penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan ialah cuba untuk menjaga bayi itu untuk terus hidup, ” ujar Dr Yash. -AP
Thanks for reading Subhanallah bayi dilahirkan tanpa kulit
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
Tiada ulasan:
Catat Ulasan