Fezlan Blogger


Back to Top

Ahad, 19 Mac 2017

Seorang pengganggur lelaki berumur 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sebatan

  fezlan        Ahad, 19 Mac 2017   


Seorang pengganggur lelaki berumur 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 

Kota kinabalu:Seorang pengganggur lelaki berumur 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sebatan kerana menyebabakan kecedaraan kepada seorang ahli perniagaan warga Kanada semasa merompaknya serta isteri. 

 Hakim mahkahmah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada alif Husssien selepas dia menukar pengakuannya dan mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya apabila kes nya dikemukakan untuk  pengurusan kes pada jumaat 

Alif telah menyerang robert william  Flintoft semasa merompaknya serta isterinya Goh Giok yee pada pukul 2 pagi pada 8 januari tahun ini ,di sebuah rumah di kg Tanjung Aru Tengah,di sini.

Tuduhan menyatakan bahawa Alif juga melarikan beberapa matawang kertas china dan Singapura. Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu memperuntukan hukuman penjara 20 tahun ,dan boleh dikenakan denda atau sebatan ,jika sabit kesalahan . 

Fakta Kes menunjukkan bahawa pada hari tersebut semasa pasangan itu sedang tidur ,flintoft terdengar anjing mereka menyalaak dan turun ke tingkat bawah untu memeriksa. Dia melihat seorang lelaki tidak dikenali yang kemudiannya dikenal pasti sebagi Alif menggeledah sebuah bilik di tingkat bawah. Flintorf menyerbu ke arah lelaki itu dan satu pergelutan berlaku antara dia dan Alif,yang tiba-tiba mengeluarkan sepasang gunting dan menikam kepala Flintoft .Tetapi Alif ditahan selepas Ahli keluarga Flintorf memanggil Polis
 
Flintoft dihantar ke Hospital dan menerima bebeerapa jahitan pada kepalanya.
Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja hadir bagi pendakwaan sememntara Alif tidak Diwakili.-Harian Express
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Seorang pengganggur lelaki berumur 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sebatan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: