Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 27 Mac 2017

Pura-Pura Pengsan Pula....Teknik Suami Isteri Melakukan Rompakan Di Bahu Jalan Terbongkar

  fezlan        Isnin, 27 Mac 2017   


Pura-Pura Pengsan Pula....Teknik Suami Isteri  Melakukan Rompakan Di Bahu Jalan  Terbongkar | Taktik  tiga individu termasuk sepasang suami isteri berbaring di tepi jalan raya dan berpura-pura cuba mendapatkan bantuan sebelum bertindak menyamun mangsa akhirnya memakan diri selepas di cekup penduduk kampung di Kampung Bauto,dekat sini kelmarin.


Dalam Kejadian jam5.30pagi itu, suspek berusia 30 hingga 50 tahun ditahan selepas penduduk kampung menyedari tindakan mereka cuba menyamun seorang mangsa yang dipercayai mahu memberikan bantuan kepada mereka.



Ketua Polis Daerah Beluran,Superintendan V Shivananthan berkata,hasil siasatan seorang lelaki berusia 30 an yang sedang memandu dari Kota Kinabalu ke Sandakan memberhentikan kenderaanya,selepas ternampak tiga  ‘mangsa”sedang berbaring .

“Mangsa menurunkan tingkap kenderaan sebelah kiri pemandu namun salah seorang suspek bertindak menarik tangan dan merampas jam tangan yang dipakai mangsa.
:Mangsa kemudian turun dari kenderaannya menuju ke arah suspek namun tiba-tiba Dipukul “katanya ketika dihubungi,semalam .

Shivananthan berkata,penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadiaan cuba membantu mangsa dan menangkap suspek terbabait .

“Suspek juga bertindak agresif dengan cuba mengigit mereka yang ada di kawasan berkenaan namun tidak berjaya .Suspek kemudian diberkas bersama isterinya manakala seorang lagi rakan mereka berjaya melarikan diri”katanya.

Katanya,pasangan suami isteri yang di tahan adalah warga filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan “katanya.
Terdahulu ,Gambar suspek ditangkap penduduk kampung turut tular dilaman sosial Facebook sejak Kelmarin-Metro
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pura-Pura Pengsan Pula....Teknik Suami Isteri Melakukan Rompakan Di Bahu Jalan Terbongkar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: