Pencuri Hanya Mampu Tergamam Selepas Nyaris Jual Motorsikal Curi Dengan Polis | Seorang lelaki di sini yang cuba menjual motosikal yang baru dicurinya hanya mampu tergamam selepas pembeli yang sepatutnya membeli kenderaan itu memperkenalkan diri sebagai seorang anggota polis. Tidak dapat mengelak, suspek yang dikenali dengan nama YS, 30, kemudiannya mengaku mencuri kenderaan itu selepas disoal siasat polis. Bagaimanapun, dalam operasi pada Selasa lalu, seorang rakan YS yang hanya dikenali sebagai J berjaya melarikan diri.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pekanbaru, Dodi Vivino mengesahkan penangkapan suspek yang kini disoal siasat pihak Balai Polis Senapelan. Dodi berkata, pada masa sama, polis turut merampas barang bukti iaitu dua unit motosikal. Jelas beliau, suspek terdahulu mencuri motosikal di kawasan parkir SPBU di Jalan Durian, mukim Sukajadi, Isnin lalu. “Mangsa meletakkan motosikal miliknya di kawasan parkir dan meneruskan perjalanan menaiki kereta. Namun semasa mangsa kembali, kenderaan itu sudah hilang,” kata Dodi.
Mangsa, Indra Rinaldy kemudiannya membuat laporan polis sejurus mendapati motosikalnya hilang. Sementara itu, Dodi berkata, YS kini berdepan pertuduhan mengikut Akta 363 dan atau Akta 480 KUHP. “Pada masa sama, kita sedang giat memburu seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri,” katanya. – KOMPAS.COM
Thanks for reading Pencuri Hanya Mampu Tergamam Selepas Nyaris Jual Motorsikal Curi Dengan Polis
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
Tiada ulasan:
Catat Ulasan