Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 2 Mac 2017

PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA

  fezlan        Khamis, 2 Mac 2017   


PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga seorang pelakon vateran yang sangat di kagumi.. Tan Sri Jins Shamdudin yang di khabarkan telah kembali ke rahmatullah pada sebentar tadi.

Tan Sri Jins Shamsudin atau nama sebenarnya Mohamed Jins bin Shamsuddin di lahirkan pada 5 november 1935 di Taiping, Perak. Allahyarham merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an. Melanjutkan pelajaran bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. Sejak 1956, Allahyarham  mula melibatkan diri dalam 40 filem.

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee 

Kini Malaysia kehilangan sebutir lagi bintang lagenda.. Semoga Allah mengampuni segala dosa - dosa Allahyarham & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah...

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: