Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 27 Mac 2017

Merempuh Seorang Anggota Polis Hingga Mangsa Patah Kaki Kiri Ketika Cuba Melarikan Diri Apabila Diminta Memberhentikan Kenderaannya|

  fezlan        Isnin, 27 Mac 2017   
MerempuhSeorang Anggota Polis Hingga Mangsa Patah Kaki Kiri Ketika Cuba Melarikan DiriApabila Diminta Memberhentikan Kenderaannya| Johor Bahru: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, atas tuduhan cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam kejadian 19 Mac lalu.
Tertuduh, Ahmad Nizam Ishak, 30, mengaku faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa dan mengaku tidak bersalah.

Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan, selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Selain itu, Kamarudin menetapkan 26 April ini sebagai tarikh sebutan semula dan mengarahkan suspek melantik peguam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mengikut kertas pertuduhan, suspek didakwa merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri di simpang empat Jalan Rose Merah 2/2 - Jalan Rose Merah 2/11, Taman Johor Jaya dekat sini.
Dalam kejadian antara jam 2.20 petang hingga 3.15 petang itu, suspek dikatakan merempuh seorang anggota polis hingga mangsa patah kaki kiri ketika cuba melarikan diri apabila diminta memberhentikan kenderaannya.

Selain itu, suspek didakwa cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang besi sebelum ditembak dan ditahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Taufik Saberi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-Metro
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Merempuh Seorang Anggota Polis Hingga Mangsa Patah Kaki Kiri Ketika Cuba Melarikan Diri Apabila Diminta Memberhentikan Kenderaannya|

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: