
Portal TMZ melaporkan, panggilan palsu
berhubung kewujudan bom dalam bangunan itu amat ‘memeningkan’ NYPD
selain mencetuskan rasa panik dalam kalangan pekerja dan pengunjung di
lokasi tersebut.
Laporan menyebut, ada juga
panggilan yang dilakukan oleh suspek yang sama dengan membuat panggilan
palsu tiga kali berturut-turut dalam minggu sama Trump mengangkat
sumpah.
Saban hari pegawai NYPD dan Jabatan Risikan akan
menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin
termasuk menggunakan perkhidmatan anjing pengesan bom bagi memeriksa
setiap beg yang dibawa keluar atau masuk.
TMZ
mendedahkan setiap tindakan itu juga memerlukan kos, tenaga pekerja dan
masa yang banyak selain pembaziran hanya kerana menerima panggilan
palsu berhubung adanya bom dipasang di sekitar dan dalam menara
tersebut.
Usaha TMZ menghubungi NYPD bagi
penjelasan berhubung pendedahan itu juga tidak membuahkan hasil kerana
mereka tidak mahu memberikan sebarang komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan