Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 10 Mac 2017

Lelaki Yang Aktif Bersukan Ditemui Mati Selepas Berjoging Di Taman Rekreasi

  fezlan        Jumaat, 10 Mac 2017   

Lelaki yang aktif bersukan ditemui mati selepas joging di taman rekreasi  | Seorang peniaga gerai makanan yang aktif bersukan ditemui mati dipercayai akibat sera­ngan jantung selepas berjoging di sebuah taman rekreasi berhampiran Pejabat Pusat Penyela­ras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh dekat sini semalam.

Mangsa, Zamrin Mat Salleh @ Sallehuddin, 41, dijumpai dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu kereta jenis Pero­dua Kelisa di hadapan Pejabat Pusat Penyelaras DUN Jerteh oleh beberapa penduduk yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi. Difahamkan, selain se­ring berjoging di taman rekreasi itu, mangsa juga dikatakan me­lakukan aktiviti mendaki gunung.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, penduduk yang menemui Zamrin dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dimaklumkan kejadian itu kepada seorang anggota polis dari Balai Polis Jerteh yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut. “Pemeriksaan anggota polis itu mendapati, mang­sa yang berasal dari Kampung Alor Selinsing, Jerteh dekat sini telah meninggal dunia. -Kosmo!

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Lelaki Yang Aktif Bersukan Ditemui Mati Selepas Berjoging Di Taman Rekreasi

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: