Fezlan Blogger


Back to Top

Sabtu, 4 Februari 2017

Pencuri Tabung derma Surau tewas di kejar iman

  fezlan        Sabtu, 4 Februari 2017   

Gambar Hiasan

Pencuri Tabung derma  Surau tewas di kejar iman |Dikejar imam sehingga semput,itu nasib dialami pencuri tabung derma sebuah surau disni,yang diberkas selepas melarikan diri 200 meter.
Dalam kejadian jam11.15pagi semalam ,suspek dikesan masuk ke surau Ibnu Sina di Seksyen 15,Bandar Baru Wangi,di sini,bersendirian.

Difahamkan ,Bagi melancarkan kerja mencuri duit tabung surau berkenanan ,suspek sengaja menutup tirai dan meletakan penghadang di hadapan cermin gelonsor surau
Bagaimanapun ,perbuatan lelaki berusia 29 tahun itu terbongkar selepas seorang kakitangan surau melihat tirai ditarik sebelum dia masuk untuk pemeriksaan .

Iman surau ,Muhammad Zulfadhli Wan Mohd Sallehberkata ,kakitangan surau itu kemudian bertanyakan tujuan lelaki itu berada di dalam surau berkenaan.
Menurutnya ,lelaki terbabait memberi alasan dia sedang mengedar risalah sambil menunjukkan risalah yang turut diletakan di raga motorsikalnya.

“saya yang turut dimaklumkan berhubung kejadiaan itu kemudian memeriksa beg berwarna hitam dibawa lelaki itu sebelum menemui peralatan dipercayai untuk mencuri duit tabung termasuk dawai hijau dan pita pelekat “katanya ketika ditemui,di sini semalam
Muhammmad Zulfadhli berkata ,penjenayah terbabit bagimanapun melarikan diri ke arah Stadium berhampiran .

“dia memanjat pagar stadium ,namun kami berusaha mengejarnya.
Saya bersama rakan dan pengawal keselamatan kawasan perumahan berhampiran mengejar lelaki terbabit yang ketika itu berlarike arah padang ,beberapa lagi perkerja yang berada di stadium turut mengejarnya”katanya

Dia berkata,penjenayah tiba-tiba berhenti sambil membertahu semput akibat kepenatan.
“kami terus menahannya sebelum ahli jawatankuasa surau menghubungi polis.
“polis yang tidak lama kemudian membawa lelaki terbabit ke BalaiPolis Bandar Baru Bangi”katanya.
Menurutnya,hasil pemeriksaan bendahari surau ke atas tabung mendapati duit terkumpul dalam tabung itu berjumlah RM800.00

“Bagaimanapun ,lelaki terbabit hanya menarik keluar rm20  dari tabung sebelum dia diberkad.
“Kami difahamkan ,lelaki sama berasal dari Sungai Ramal,Kajang,pernah memasuki surau ini dua tahun lepas,namun berjaya melarikan diri Katanya.- Harian Metro

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pencuri Tabung derma Surau tewas di kejar iman

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: