Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 10 Februari 2017

Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar Kepala

  fezlan        Jumaat, 10 Februari 2017   
SELEPAS 35 tahun menderita akibat ketumbuhan di kepalanya, akhirnya
Sutat Meesati menemui sinar bahagia apabila pasukan perubatan sukarela
mendengar rayuannya.

Sutat, yang berasal dari Surin, Thailand itu, menghidap ketumbuhan
terbabit ketika berusia dua tahun dan ia kemudiannya membesar sama
seperti saiz kepalanya.


Dia yang mempunyai nama samaran Nong Chae, akhirnya akan mendapat
pemeriksaan dan ujian yang lengkap daripada pasukan perubatan. Sutat
akan dirawat di Hospital Chulalongkorn.


 Lelaki miskin itu terpaksa menahan penderitaan yang dialaminya itu
disebabkan oleh kos perubatan yang mahal dan pada masa sama tidak
mempunyai dokumen yang mencukupi untuk menerima bantuan kerajaan.

Penderitaan yang dialami oleh Sutat itu turut mendapat perhatian aktor
Thailand, Bin Blunluerit, 54, dan peninju Muay Thai, Buakaw Banchamek
yang turut melawatnya dan berjanji membantunya untuk menjalani
pembedahan pertama.

“Pihak hospital kini sedang meneliti peralatan dan bila Sutat boleh
menjalani pembedahan tetapi dia amat kuat serta bersedia untuk menjalani
pembedahan,’’ kata Bin. – MYNEWSHUB.CC

sumber dari:

Blog Sensasi: #PRIHATIN ~ Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar Kepal...:
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar Kepala

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: