Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan berpangkat pegawai kanan bakal berhadapan hukuman penjara sebatan serta denda selepas ditahan polis kerana didakwa merogol dan mencabul dua anak kembarnya di rumah mereka di Tenom, jumaat lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek berumur 43 tahun itu ditahan di rumanya untuk disiasat mengikut seksyen 376(3), 377C dan 377CA dan 354 Kanun Keseksaan.
Katanya suspek disiasat mengikut seksyen yang dinyatakan berikutan melakukan kesalahan sumbang mahram, melakukan kesalahan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii tanpa kerelaaan dan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Menurutnya siasatan awal polis juga mendapati suspek bertindak mencabul dua anak perempuan kembarnya berumur 14 tahun sejak berumur 7 tahun dan merogol mangsa dalam dua kejadian berasingan.
“Kejadian pertama dilaporkan di rumah mereka di Tenom apabila suspek merogol mangsa dan mencabul adik kembarnya semasa ibu mangsa berada di tingkat atas rumah dan tidak mengetahui kejadian kira-kita 12 malam penghujung Julai lalu.
“Mangsa bagaimanapun bertindak memberitahu ibunya selepas suspek mencabul mangsa dan melakukan perbuataan di luar Tabii di rumah yang sama pada 26 Ogos yang lalu.
“Mangsa yang turut memberitahu kejadian kepada abangnya kemudian melarikan diri bersama ibunya di sini dan melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada 28 Ogos lalu.
“Kita percaya suspek turut melakukan perbuatan berkenaan sejak mangsa berumur tujuh tahun,” katanya.
Rashid berkata kedua-dua mangsa bersama seorang lagi abang adalah anak suspek daripada isteri pertamanya dan mempunyai empat anak lain daripada isteri keduanya.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian dan suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya.
sumber dari: http://suarasabah.com/berita-sabah/kes-rogol-anak-kembar-di-tenom/#.V8fbfzUXW9s
sumber dari: http://suarasabah.com/berita-sabah/kes-rogol-anak-kembar-di-tenom/#.V8fbfzUXW9s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan