Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 8 September 2016

Insentif RM800 Bagi Pelajar Skor 6A dalam UPSR Menjadi satu Dorongan buat Pelajar Untuk Mencapai Kejayaan

  fezlan        Khamis, 8 September 2016   



  Insentif RM800 bagi pelajar SK Pekan Menumbok dapat 6A 

MENUMBUK: Sejumlah RM800 ditawarkan sebagai insentif kepada para pelajar di SK Pekan Menumbok yang mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah UPSR tahun ini.Bagi pelajar yang mendapat 5A pula mereka akan menerima insentif sebanyak RM 500 sementara 4A akan menerima RM350

Guru Besar Sk Menumbok Nordin Mohd. Taib berkata, insentif tersebut disumbangkan oleh dua orang usahawan anak jati Menumbok iaitu Datuk Murshidi Abdul Ghaffar dan Pg. Jaafar Pg Osman yang juga Naib Ketua Umno Bahagaian Beaufort


 Menurutnya perkara tersebut telah dimaklumkan oleh kedua-dua penyumbang ini kepada beliau dan telah pun memaklumkan insentif tersebut kepada para pelajar SK Pekan Menumbok yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ,juga dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

“ Bagi pihak sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa kami amat menghargai sumbangan insentif ini sebagai satu dorongan semangat bagi para calon UPSR di sekolah ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini” katanya ketika ditemui selepas majlis doa restu kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut pagi kemarin.

Dalam perkembangan lain Nordin yang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kuala Penyu, berkata tahun ini, seramai 47 orang pelajar SK Pekan Menumbok menduduki peperiksaan UPSR yang bermula dari 5 hingga 8 September diimana sekolah ini mensasarkan sekurang kurangnya 70 peratus pelajar lulus dengan sasaran sekurang-kurangnya 10 orang pelajar akan mendapat 6A dalam peperiksaan kali ini.
“ Berbading tahun lepas hanya seorang pelajar di sekolah ini mendapat 5A dan peratus sebanyak 38 peratus yang lulus, dan tahun ini dengan komitmen semua pihak guru guru pelajar dan sokongan ibu bapa pelajar ,kita berharap dan mensasarkan sekurang kurang 70 peratus calon akan lulus dalam peperiksaan UPSR kali ini” katanya

Sementara itu seorang penyumbang Insentif kepada pelajar di sekolah ini Murshidi ketika dihubungi berkata, sumbangan insentif tersebut diharapkan akan dapat memberikan anjakan paradigma kepada calon calon peperiksaan UPSR di sekolah tersebut untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.
Katanya, sebagai bekas pelajar di SK Pekan Menumbok beliau ingin melihat anak-anak dari daerah tersebut berjaya cemerlang dalam peperiksaan kali ini bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

 “ Kita yakin kepada komitmen guru guru di sekolah ini dalam memberikan pendidikan kepada pelajar disamping adanya kesungguhan dan sokongan berterusan dari ibu bapa dan insentif kami diberikan ini hanya sebagai dorongan galakan untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang pendidikan,” katanya.

Sumber dari : newsabahtimes


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Insentif RM800 Bagi Pelajar Skor 6A dalam UPSR Menjadi satu Dorongan buat Pelajar Untuk Mencapai Kejayaan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: