BERPANTANG
makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang,
sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur
sejuk' menjadi makanan larangan.
Namun,
tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun
tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh
memburukkan keadaan pesakit gout.
Tergolong
dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang
menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan
menyebabkan rasa sakit.
Gout
adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke
sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat
sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.
Puncanya
belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid
urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian
nitrogen untuk tenaga).
Asid
urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan
mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak
dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.
Selain
tabiat pemakanan, faktor umur dan jantina; biasanya lelaki (90 peratus)
atau perempuan hampir menopaus adalah golongan paling berisiko mendapat
gout.
Malah,
penyakit ini boleh dihidapi pesakit kencing manis, obesiti, anemia,
pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu engkumuhan
asid urik pada kadar lima kes bagi setiap 1,000 orang.
Gout
boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom),
akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku
secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi.
Sendi
yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit,
khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari
dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.
Serangan
yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan
kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit.
Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di
tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut.
Pembentukan
tophi ini biasanya berlaku selepas beberapa tahun pesakit menderita
akibat gout selama beberapa tahun. Tophi juga boleh muncul di buah
pinggang, yang akhirnya menyebabkan organ penting ini gagal berfungsi.
Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam.
Untuk
meredakan bengkak, rasa sakit dan radang gout, pesakit boleh mengambil
ubat colchicine. Ia berfungsi mengurangkan radang akibat pengumpulan
kristal asid urik, tetapi tidak merendahkan paras asid ini dalam darah.
Pengambilan
harian colchicine atau allopurinol dapat menghalang serangan berulang.
Pengambilannya boleh dihentikan apabila paras asid urik stabil (biasanya
selepas tiga bulan).Manakala codeine atau analgesik lain juga antara
ubat alternatif untuk melegakan kesakitan.
Bagi
gout kronik, pengambilan ubat seperti probenecid atau sulfinpyrazone
boleh merendahkan paras asid urik dalam darah. Manakala allopurinol akan
menghalang pembentukan enzim yang merembeskan asid urik; secara tidak
langsung membantu mengurangkan pengumpulan bahan ini dalam darah.
Malah,
ketika ini pesakit juga perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan
pembentukan batu karang atau beralih kepada diet rendah purin dengan
mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan,
minuman keras dan beberapa jenis ikan. Antara yang perlu dihindari
adalah makanan kaya dengan purin seperti bijirin, makanan laut, makanan
berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.
Sehingga
kini, radang sendi tidak boleh dielak, walaupun kita tidak mengambil
minuman keras atau makanan kaya purin. Justeru, pesakit gout perlu
mematuhi jadual pengambilan ubat bagi membolehkan mereka menjalani
rutian harian. Oleh kerana asid urik biasanya dikumuhkan melalui buah
pinggang, maka gout kronik boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan