Pada
bulan Ramadhan ada satu malam yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam.
Malam yang sangat ditunggu-tunggu itu adalah (malam) lailatul qadar.
Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada
hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya.
Pada
(malam) lailatul qadar itu pahala amal ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan oleh Allah menyamai dengan pahala
beribadah selama 1000 bulan. Ianya adalah satu anugerah dari Allah kepada
hamba-hambaNya yang bertakwa.
Firman
Allah dalam surah Al Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada (malam) Lailatul Qadar. Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?.
Lailatul Qadar itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada
malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala urusan(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya).
Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”
Kita
hendaklah sentiasa bersemangat untuk menghidupkan (malam) lailatul qadar dan
mengerjakan amal ibadah pada malam ini kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Peluang yang diberikan pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah digunakan
dengan sebaiknya bagi mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah.
Bilakah
berlakunya (malam) lailatul qadar?
Sebagaimana
yang kita tahu, (malam) lailatul qadar sudah pasti akan berlaku pada bulan
Ramadhan. Dan waktu akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini adalah pada
salah satu malam daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka kita hendaklah
berusaha mencari (malam) lailatul qadar ini pada 10 malam yang terakhir
bulan Ramadhan.
Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil
dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”- (Hadis riwayat Bukhari)
Jika
kita dapat melihat betapa cantiknya Allah dalam mendidik hamba-hambaNya.
Setelah 20 hari Ramadhan diri kita telah di didik untuk melakukan ibadah puasa
dan ibadah sunat yang lain. Jiwa kita telah bersih dan iman kita juga semakin
bertambah. Pada 10 malam terakhir ini adalah waktu yang terbaik untuk kita
mempertingkatkan lagi amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
berusaha untuk mendapatkan (malam) lailatul qadar.
Meningkatkan
Lebih Banyak Amalan
Pada
malam 10 terakhir Ramadhan kita berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadah yang biasa dilakukan pada malam-malam sebelumnya. Ibadah
yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini pahala amalan akan dilipatkan
gandakan oleh Allah. Kita bangun pada malam harinya untuk melakukan ibadah
qiamullai dan kita melakukannya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala
ibadah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan diterima oleh Allah dan
pahala akan dilipat gandakan.
Berdoa
Beroleh Kesejahteraan Dunia dan Akhirat
Pada
(malam) lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita
berdoa kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada
(malam) lailatul qadar ini. Kita boleh berdoa memohon kepada Allah apa sahaja
yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat
yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara
kita yang lain.
Memohon
Keampunan Dosa-dosa
Kita
hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada Allah di atas dosa-dosa yang telah
kita lakukan. Pada (malam) lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi
kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum
ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada Allah dan melakukan
solat sunat taubat. Semoga Allah akan memberi keampunan atas segala
dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk
kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada
Allah.
Membersihkan
Jiwa Dengan mengingati Allah
Pada
10 malam terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada
Allah. Lailatul qadar adalah waktu yang paling baik untuk kita mendekatkan diri
kepada Allah. Pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah kita memperbanyakkan
menyebut nama Allah dengan berzikir. Hati kita akan menjadi tenang apabila
selalu menyebut nama Allah. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada
hamba-hambaNya yang beriman, yang banyak menyebut nama dan mengingatiNya
pada (malam) lailatul qadar ini.
Lailatul
qadar adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada umat islam. Kita
melakukan ibadah pada (malam) lailatul qadar kerana ingin mendapat ganjaran
pahala yang besar dari Allah. Kita hendaklah meyakini sepenuhnya akan ketibaan
(malam) lailatul qadar ini. Lailatul qadar akan dapat kita jumpa jika
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya.
Kita
tidak mengetahui bila akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini. Tapi kita
hendaklah melakukan persediaan yang
secukupnya bagi bertemu dengan (malam)
lailatul qadar ini pada satu malam diantara 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
Lailatul qadar ini adalah lebih baik daripada malam-malam yang lain dengan
mendapat pahala seperti melakukan ibadah selama 1000 bulan.
Sama-sama
kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal
ibadah dengan penuh keikhlasan pada (malam) lailatul qadar bagi mendapatkan
keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan
pada (malam) lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan