Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 15 Februari 2018

Ibu Menukar Pengakuan Tidak Bersalah Diatas Dakwaan Mendera Anaknya.

  fezlan        Khamis, 15 Februari 2018   

http://fezlan.blogspot.com/2018/02/ibu-menukar-pengakuan-tidak-bersalah.html

KUALA LUMPUR – Seorang ibu hamil empat bulan yang didakwa mendera tiga anak kandungnya, termasuk bayi berusia 10 bulan, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Peguam Kelvinder Singh Sidhu memaklumkan Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini bahawa anak guamnya yang berumur 22 tahun itu mahu menukar pengakuan kepada tidak bersalah.


“Pihak kami telah menerima semua dokumen berkaitan kes, tertuduh mengaku tidak bersalah dan bercadang mengemukakan surat representasi,” kata peguam itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Hari ini sepatutnya mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu yang sebelum ini mengaku bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya M.Arunjothy tidak mengemukakan sebarang bantahan dan mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes wanita itu.

Sebelum ini wanita itu dan teman lelakinya Muhammad Zulfikar Rizal Affendy, 26, didakwa dengan niat bersama melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap dua anak perempuan wanita itu berumur lima tahun dan 10 bulan, serta seorang anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Pada 5 Feb lalu, di mahkamah sama, Muhammad Zulfikar telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dikenakan bon kelakuan baik selama tiga tahun serta perlu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes perbuatan lelaki itu telah menyebabkan mangsa mengalami lebam, luka, termasuk dicucuh rokok dan pemetik api di badan.

Pasangan itu yang tidak bekerja dan tinggal serumah dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis, di Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya di sini, antara 16 Nov dan 21 Dis 2017.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu wanita itu yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam ketika dibawa keluar dari lokap mahkamah ke bilik bicara berterusan menangis teresak-esak dan ibu bapanya dilihat mengesat air mata anaknya sambil membetulkan rambut serta memeluknya. – BERNAMA

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Ibu Menukar Pengakuan Tidak Bersalah Diatas Dakwaan Mendera Anaknya.

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: