Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 26 Januari 2018

Terbongkar!!Pasang Video Lucah Baru Melakukan Hubungan Seks

  fezlan        Jumaat, 26 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/terbongkarpasang-video-lucah-baru.html

Memasang video lucah sambil melakukan urutan kaki sebelum diajak melakukan hubungan seks menjadi modus operandi spa di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram, Ipoh.

Operasi pusat spa itu terbongkar selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Pegawai Turus D7 IPK Perak, Deputi Superintendan Mohd Sajidan Abd Sukor, hari ini.

Dalam serbuan 6 petang itu, seramai 14 wanita China dan tempatan serta tiga lelaki yang juga pengurus dan pekerja premis ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, spa berkenaan yang sudah dua tahun beroperasi dipercayai menjalankan perkhidmatan seks dengan bersembunyi di sebalik lesen pusat urut dimiliki.

Katanya, risikan sudah dijalankan pegawai dan anggota D7 IPK Perak sejak beberapa minggu lalu dan mendapati spa berkenaan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Menurutnya, seramai 14 warga China dan tempatan itu yang ditahan itu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Spa ini menawarkan pakej berharga RM210 iaitu bermula dari mandian, sauna, urutan kaki, menonton filem lucah seterusnya sehingga seks di dalam bilik disediakan.

“Modus operandi spa ini dipercayai dengan menayangkan video lucah di dalam bilik khas sebelum pelanggan memilih wanita yang dikehendaki untuk melakukan seks di bilik lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata, semua pelayan pelanggan (GRO), pengurus dan pekerja premis yang ditahan dibawa ke IPK Perak untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan premis pelacuran.

Katanya, turut dirampas kondom dan pelincir dalam sebuah almari yang dipercayai disediakan untuk kegunaan GRO ketika melakukan hubungan seks dengan pelanggan.-Metro
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Terbongkar!!Pasang Video Lucah Baru Melakukan Hubungan Seks

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: