Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 24 Januari 2018

Seorang Perunding Kejuruteraan Direman Lima Hari

  fezlan        Rabu, 24 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/seorang-perunding-kejuruteraan-direman.html

PUTRAJAYA: Seorang perunding kejuruteraan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang.

Perintah reman terhadap wanita berusia 50 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Dia yang bertugas sebagai perunding kanan sebuah firma berpejabat di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 6.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Wanita itu disyaki terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu, bagi kajian kebolehlaksanaan projek berkenaan bernilai lebih RM305 juta yang dikemukakan kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Penahanan terbaru itu, menjadikan tiga individu sudah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kajian yang menelan kos lebih RM305 juta itu.

Sebelum ini, pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat berasingan ditahan pada 10 Januari lalu dan direman selama 10 hari, sebelum masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM200,000 pada Sabtu lalu.

BH sebelum ini memetik sumber sebagai berkata, kos kajian pelaksanaan itu sepatutnya hanya RM70 juta hingga RM80 juta, jauh lebih rendah berbanding RM305 juta yang dibayar Kerajaan Pulau Pinang menggunakan dua kawasan tanah tambakan laut.

Sehingga kini, SPRM sudah merekodkan keterangan daripada 76 saksi berhubung kes berkenaan-Bharian.
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Seorang Perunding Kejuruteraan Direman Lima Hari

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: