Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 24 Januari 2018

Seorang Jururawat Maut Selepas Kenderaan Dipandunya Terbabas Dan Melanggar Pokok

  fezlan        Rabu, 24 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/seorang-jururawat-maut-selepas.html
jururawat Nor Aza Che Ani (gambar kecil)

LANGKAWI: Seorang jururawat maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Kuah-Padang Matsirat, berhampiran Kampung Sungai Menghulu, di sini, malam tadi.

Nor Aza Che Ani, 33, yang bertugas di Hospital Langkawi (HL) meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital tempatnya bekerja akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian kira-kira jam 9 malam apabila kenderaan dipandu mangsa dilanggar sebuah 4WD lain dipandu seorang lelaki warga Jerman dari belakang dan terbabas.

Lelaki Jerman berkenaan berusia 62 tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan kini dirawat di HL.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang, berkata kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuah menghala Padang Matsirat ketika nahas.

"Nor Aza dihantar ke HL dengan ambulans sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Bahagian Kecemasan HL," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, jenazah mangsa sudah dituntut keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 9.06 malam.

"Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan," katanya.
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Seorang Jururawat Maut Selepas Kenderaan Dipandunya Terbabas Dan Melanggar Pokok

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: