Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 29 Januari 2018

Kastam Rampas Dadah Seberat 880Kg Bernilai RM18 Juta

  fezlan        Isnin, 29 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/kastam-rampas-dadah-seberat-880kg.html

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 880 kilogram bernilai RM18 juta dalam serbuan di Kajang, Selangor, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota membuat serbuan di sebuah premis yang dijadikan stor simpanan kira-kira jam 11.30 malam, dan menemui 31 guni dadah jenis heroin seberat 766 kilogram dan enam guni dadah jenis ketamin seberat 114 kilogram.

Katanya, semua dadah yang diisytihar sebagai garam itu, dibawa menggunakan dua kontena dari Karachi, Pakistan melalui Pelabuhan Klang.

"Kita turut menahan 18 orang warga asing termasuk tiga wanita iaitu 10 Pakistan dan masing-masing empat Myanmar dan Indonesia berusia 18 sehingga 50 tahun.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai didalangi oleh warga asing dan sebahagian daripada mereka yang ditahan adalah suspek utama.

"Kita percaya Malaysia hanya menjadi transit dadah ini dan akan menyiasat sama ada terdapat pembabitan warga tempatan atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di sini, hari ini.

Subromaniam berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan meletakkan setiap guni dadah seberat 25 kilogram itu, bersama 1,885 guni garam, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, siasatan terhadap semua warga asing itu mendapati hanya tujuh daripada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya.

"Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai Sabtu lalu untuk dijalankan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.-bharian

 
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kastam Rampas Dadah Seberat 880Kg Bernilai RM18 Juta

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: